Sikap Buruk Sukar Dibuang...?

Salam Pertemuan Kembali;

Apasal sikap yang buruk sukar di buang?...malah diperlakukan berulang kali dengan perasaan bangga....yang natijahnya adalah orang di sekeliling...Tetapi sikap yang baik pula tidak pula bertahan lama....Adakah realiti kehidupan sebagai manusia?.... atau mentality masing-masing dalam melahirkan sesuatu sikap itu.?..

Adakah sikap buruk ini akan kekal bersama kita selama-lamanya...berpaksikan tahun 2011 ini, aku telah merancang untuk berubah...cess, kata di bibir bukan main lah mudah, tetapi nak aplikasikanya tuhan sahaja yang tahu...Aku mula beranggapan bahawa sikap adalah perkara yang sangat penting dalam membentuk keperibadian seseorang tetapi ia sering kali dipandang enteng oleh sesetengah orang....Kenapa yer...Aku rasa mungkin sikap baik ini lagi seronok di amalkan berbanding dengan sikap yang baik kot...

Aku jugak tidak terkecuali memiliki sikap yang buruk ini....Walaupun aku tahu sikap akan mencerminkan seseorang, tetapi dah bermacam-macam cara aku buat untuk menghilangkannya tapi sikap buruk macam dilekat menggunakan gam gajah jer kat diri aku ni.... Kekadadng aku ada perasaan juga..ada orang yang berada disekeliling aku terasa hati dek sikap buruk aku itu... Walaupun mereka tidak melafazkan dalam bentuk zahir....perubahan mimik muka dapat aku lihat...Adakah anda pernah mengalami situasi seperti aku...?..
Aku pun naik pelik jugak apabila aku melihat orang yang mempunyai sifat yang suka terkinjal-kinjal macam ber**..apa yang best aku pun tak tahu lah.....kalau ditegur,... alasan biasa mereka...
" Umur 50 tahun lagi aku ubahlah sikap,..sekarang kepala tengah full...enjoylah dulu".....macam lah mereka tahu bila mereka nak mati.....Dunia nak akhir zaman kot.....

Wassalam....

0 comments:

2leep.com