Dunia Blogger Lari Dari Landasan Asal..?

Salam Pertemuan Kembali ;

Hari ini, Malaysia di hujani oleh blogger-blogger yang wujud seperti " cendawan tumbuh selepas hujan"..tetapi adakah blogger-blogger ini wujud sekadar untuk mengejar keuntungan semata-mata...Jika dilihat daripada beberapa blog yang aku lawati..loading page diorang bukan main berat dek terlampau banyak iklan-iklan..Aku tidak mengatakan tidak wajar untuk meletakkan banner di blog mereka, tetapi berpada-pada lah cosz org yg melawat blog mereka adalah untuk melihat intipati-intipati di dalam blog mereka..Jika loading page dah mengambil masa yang lama, pelawat akan merasa feed-up untuk melihat keseluruhan blog...bukankah ia merupakan kerugian yang kita tidak sedari...?

Aku sebenarnya just nak sharekan apa pro dan kontra di dalam berblogger nie..mungkin sesetengah blogger akan merasa tidak puas hati dengan en3 aku nie kerana aku masih mentah dalam dunia ini tetapi berani mempersendakan mereka yang telah lama berpijak di dunia blogger ini.. Aku sekadar hendak memberikan pandangan aku sebagai blogger sahaja.. Tidak dinafikan bahawa ramai blogger yg telah mengecapi kemewahan daripada sumber blogger ini...tetapi wajar kah isi kandungan blog itu diletakkan sebagai second piroty dan iklan sebagai first pitory....?

Aku tertarik dengan satu blog iaitu " Kereta Mayat " yang betul2 menyampaikan dakwah semata-mata...Blognya simple sahaja..tiada gadget atau pun kartun yang menari-nari tetapi isi kandungan blognya sungguh berguna....Tetapi nisbah blog sebegini semakin hari semakin kurang kerana terlampau kejarkan keuntungan semata-mata....Jika saudara-saudari yang belum mengunjungi blog kereta mayat, sila lah melawatnya kerana anda pasti akan berfikir sejenak...apakah matlamat aku di dalam dunia blogger ini..?Adakah untuk berkongsi maklumat @ pengalaman @ duit semata-mata...

Aku tidak nafikan " Nuffang" adalah medan mendapatkan duit...Tipu jika aku katakan aku tidak berminat dengan " Nuffang " tetapi berpada-pada lah..kerana nilai blog seseorang bukan pada banner atau iklannya tetapi pada isinya...

p/s : Aku memohon beribu maaf jika entry aku menyinggung mana-mana pihak...

3 comments:

NISHIDA SAN(CDAHAE) said...

betul jugak,,,,law siarkan iklan tue...malas ar...tp law widget cute tu ada la ntuk cantikkan blog....tp like this entri ^^

FasiHaH SupiaN said...

ada benarnya..:)

baru sempat membalas jejak ke sini...follow terus

FOOTPC said...

NISHIDA SAN(CDAHAE)& FasiHaH SupiaN : Thanks for both comment

2leep.com