Cinta Si Gadis Bermata Empat.

Assalamualaikum....seronok jugak jadi Chipsmore ni...kejap ada kejap x der...



Seminggu ini, Aku sebenarnya sibuk dop mengabadikan hidup dengan webcam jer...hahah...Ini dek panahan cinta si Gadis Bermata Empat yang tiba-tiba aku jumpa dekat.......(biarlah aku saja yang tahu..)

Orang sering tanya kat aku...."Weh..What your wife Criteria..?"....Dengan rasa konpident aku jawab...First requirement aku adalah gadis itu mesti bermata Empat....Apa yang hebat sangat dengan gadis bermata 4 ini...?

Bagi aku...gadis bermata empat ini kelihatan lebih educated dan lebih cun.....

So kepada Gadis Bermata 4 diluar sana..baik pakai kacamata daripada pakai contact lens kerana kacamata akan menyerlahkan keistimewaan orang yang memakainya....


Ok...Tata... 

KERJA : MEMIJAK, DIPIJAK @ TERPIJAK

Assalamualaikum;




Bagaimana keadaan kerja anda... Adakah anda Memijak orang lain untuk berjaya, ataupun anda telah dipijak  oleh rakan sekerja anda ataupun anda terpijak rakan sekerja anda secara tidak sedar....

Bagi aku...aku tidak pernah buat ketiga-tiga perkara di atas kerana aku bekerja dengan hati yang jujur dan ikhlas....(puji diri sendiri nampak)


Terima Kasih

BAGAIMANA NAK UJI KEKUATAN WANITA?

Assalamualaikum;

Memandangkan mata aku tak leh nak tidur lagi. Aku nak tulis pasal bagaimana nak uji kekuatan WANITA. Aku pun tak tahu, seminggu ni aku asyik dapat idea pasal perempuan sahaja. By the way, aku rasa kekuatan WANITA terletak pada AIR MATA nya kerana kebanyakan wanita mempunyai AIR MATA palsu yang boleh membunuh logikal si LELAKI. 


Cara Nak Test Kekuatan Wanita. Agak-Agak Kalau aku buat jadi tak...



Kepada pembaca en3 LELAKI dan WANITA.. Betul tak pendapat aku. 

APASAL SI PEREMPUAN SERING PENDEK AKAL..?



Asalamualaikum.


Ketika aku buka FB hari ini.. Aku tertengok satu post yang di sharekan oleh member aku. Sungguh ngeri dan pilu apabila aku membaca habis post tersebut. Mana tidaknya, seorang pelajar PEREMPUAN yang tiada moral dan akhlak telah mengelar bayi perempuan yang lahir cukup sifat dengan pisau pemotong daging. Apakah yang telah difikirkan oleh si PEREMPUAN ini..Adakah si PEREMPUAN ini terbayangkan anak perempuannya sebagai AYAM @ IKAN..?

Aku pun hairan jugak dengan si PEREMPUAN ini yang berfikiran sempit dalam membuat keputusan. Memanglah si LELAKI nya tidak mahu menerima bayi tersebut, tapi adakah itu penamat kepada kehidupan si BAYI yang tidak berdosa?..Kenapa si PEREMPUAN ini tidak memberikan bayi tersebut kepada keluarga yang sanggup memeliharanya atau menghantar kepada Jabatan Masyrakat.

Aku pun pelik jugak dengan si PEREMPUAN ini yang sanggup memberikan maruahnya kepada si LELAKI itu... Setahu aku, si LELAKI ini, kalau tidak disorongkan batal dia tidak akan tidur...Aku pun sebenarnya bingung dengan si PEREMPUAN ini, umurnya baru mencecah 16 tahun tapi sudah BERZINA dan MEMBUNUH Sedih tul dengan akhlak remaja-remaja sekarang...



So..kepada pembaca yang membaca en3 aku ini..Apakah hukuman setimpal untuk si PEREMPUAN ini...



Terima Kasih

BELAJAR + BEKERJA = BAGAIMANA NAK FOKUS & BERJAYA?

Assalamualaikum...


Pada pagi yang hening serta hujan renyai-renyai ini, aku rasa nak kongsikan pengalaman aku sebagai seorang pekerja sambil belajar. Ketika 6 bulan pertama  aku mengikuti pengajian di UTMSpace, aku sesat dalam  mencari bagaimanan cara untuk fokus dalam pekerjaan dan pengajiaan, Terus-terang aku katakan, aku kadang-kadang hampir putus asa untuk belajar dek kesibukan pekerjaan aku.

Mana tidaknya, pada awal2 pengajian aku, aku merasa seolah-olah kehidupan aku hanya untuk bekerja dan belajar sahaja. Saat-saat sosial aku seolah-olah telah lenyap disebabkan oleh kesibukan kerja dan belajar aku. Aku pun dulu bingung bagaimana ada individu yang mengikuti PJJ yang begitu fokus dalam pelajaran mereka seolah-olah mereka adalah pelajar sepenuh masa.

Alahamdullilah, setelah hampir 2 tahun aku di UTMSpace, aku telah menjumpai cara-cara untuk fokus dalam pelajaran dan pekerjaan. Walaupun ianya tidak begitu sempurna, namun ia menjadi tongkat kepada aku untuk "berjalan di dalam kegelapan malam.(Dramatik lah pulak ayat aku).



So, hari ini aku nak sharekan bagaimana untuk fokus dalam mengikuti pembelajaran sambil belajar ini. Antaranya ialah : 

1. Jangan Sesekali Hilang Tumpuan Ketika Belajar.
Jika ada diantara kita yang merupakan pekerja yang berdedikasi dan kadang-kadang khidmat anda sentiasa diperlukan sehingga lewat malam, pastikan jangan hilang fokus di dalam kelas. Jangan jadi individu yang pensyarahnya mengajar kat depan, dia "buat peta" atau "taik mata" kat belakang. Pada pandangan aku, tiada gunanya belajar sampai keperingkat tertinggi tapi apa yang diajar tidak masuk ke dalam kepala. Pastikan kita membuat jadual kerja dan jadual belajar dan pastikan jadual yang dibuat adalah bersesuaian. 

2. Jangan Sesekali Bawa Kerja Pulang Bersama.
Rumah adalah tempat merehatkan otak dan bukan tempat untuk menambah tekanan kepada otak kita. Pastikan kita tidak membuat @ menyemakkan rumah dengan kerja-kerja pejabat. Seelok-eloknya kita gunakan masa dirumah untuk mengulangkaji pelajaran tetapi jangan terlalu gigih.(Perlu seiring dengan usia). 

3. Jadilah Orang Yang Professional & Matang Dalam Semua Perkara.
Jika ada kerja-kerja pejabat yang perlu disiapkan, pastikan anda jangan sesekali selesaikannya di kuliah. Usah terlalu sibuk menjawab atau menghubungi orang lain untuk urusan kerja di dalam kelas kerana ia akan menggangu tumpuan pelajar lain di dalam kelas. Paling penting, pastikan kita menghormati pelajar lain ketika berada di dalam kelas.

4. Jangan Suka Ambil Kesempatan
Halangan terbesar untuk bekerja sambil belajar adalah untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Aku akui kadang-kadang masa yang diberikan oleh pensyarah terlalu suntuk disebabkan kesibukan kerja, tetapi jangan sesekali meniru hasil kerja orang lain kerana ia seolah-olah mengambil kesempatan di atas kesengsaraan orang lain yang terpaksa membahagikan kerja mereka demi menyiapkan tugasan tersebut. Selain itu juga, elakkan menggunakan kemudahan pejabat untuk kegunaan kuliah seperti mesin photostat atau printer kerana kemudahan itu disediakan untuk kerja dan bukan untuk kuliah kita. 

5. Jaga & Kekalkan Kesihatan
Otak yang sihat & cerdas bermula dengan permakanan yang sihat. Kadang-kadang kita terbiasa dengan makan atau bersosial di luar waktu kerja, pastikan kita ingat bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar itu untuk belajar dan kerja pada esok harinya. Bagaimana untuk berjaya jika tubuh kita tidak sihat?.Jadi pastikan pengaturan rehat dan makan penting untuk memastikan kita dapat memberikan tumpuan pada kedua-dua perkara tersebut.

6. Displin, Displin & Displin
Waktu kerja perlu difokuskan untuk bekerja dan waktu belajar perlu difokuskan untuk belajar. Displinkan diri supaya tidak terlalu mengikut ajakan teman untuk bersosial kerana ketika bersosial itu. mungkin banyak juga duit akan dihabiskan. Kalau sesekali tidak mengapa. Dengan cara ini, wang dapat digunakan untuk benda-benda berfaedah yang berkaitan dengan pelajaran. Ini kerana untuk bekerja + belajar , selalunya banyak duit diperlukan untuk membeli buku atau menyiapkan projek-projek tertentu. Yang paling penting dan key untuk berjaya adalah, jangan sesekali kuliah kerana urusan kerja. pastikan anda berbincang dahulu dengan bos untuk mendapat pelepasan untuk ke kuliah kerana masa kuliah yang ada begitu singkat.

Aku rasa yang tu jer kot yang aku rasa aku implement sepanjang aku bekerja + belajar ini. Memandangkan mata aku dah berat ni..aku nak tamatkan entry ini dan aku harap ia membantu.

P/S : Mintak-mintaklah test Electromagnet Theory (EMT) esok berjaya.. Mood rasa macam failure jer test esok sbb subjet nie susah..(Opss..Jangan sesekali putus asa)

2leep.com