Terjun Ke Dunia Blogger Juga Akhirnya




Akhirnya aku terjerumus jugak ke alam Blogger ini. Dulu aku sering mengangap dunia blogger ini membuang masa, rupa-rupanya aku tersalah.. Dunia blogger pada hari ini menjadi medan untuk meluahkan perasaan yang terpendam... Bagi aku yang kini mengalami ke"Tensionan" tahap kritikan ini, aku merasakan membloggerkan diriku adalah langkah yang bijak untuk meredakan ketekanan aku...

Sememangnya aku memang minat untuk membuat blog tetapi asyik tertangguh sahaja sebab aku nie jenis yang sungguh-sungguh pada mulanya sahaja. Memang betul kot apa ramalan yang mengatakan bebudak yang dilahirkan pada bulan November akan mempunyai sifat yang sungguh2 tapi sekejap jer. Tapi aku ingin menafikan ramalan itu dengan penghasilan blog ini.
Aku pada mulanya buntu untuk membuat blog yang berkisar pada topik aper. Akhirnya setelah aku berfikir sehingga beberapa bulan dan aku memutuskan untuk membuat blog yang berkonsepkan gadget, komputer dan ilmu kerohanian. Aku memilih topik tersebut kerana aku boleh dikatakan sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bidang gadget dan komputer. Untuk topik ilmu keharonian, aku ingin menulis artikel yang boleh membimbing aku dan mungkin pembaca kepada kemantapan ilmu keharonian. Aku pun sebenarnya masih lagi dalam proses pembelanjaran lagi dan aku berharap blog ini akan membantu aku mencapai satu tahap yang tinggi dan nyata.

Perh... banyak pulak idea aku hari ini. Apa-apa pun aku berharap blog yang aku nukilan ini akan memberikan nilai yang baik kepada aku dan semua, dan yg paling penting aku harap aku tidak berhenti di tengah jalan lagi...

P/S : Tanpa ku duga, rupanya aku berbakat besar dalam dunia blogger ini...heheheh

1 comments:

medai said...

hikhik...berbakat besar rupanye...

2leep.com