KETIKA CINTA BERTASBIH (SPESIAL RAMADHAN) Review




Akhirnya habis juga aku menonton drama " Ketika Cinta Bertasbih TV Series" yang telah ditayangkan di Republik Indonesia sempena Ramadhan yang lalu. Jika dibandingkan dengan filem, drama ini lebih menarik kerana setiap watak yang ada didalam Novel dapat dipertontonkan dengan lebih dekat lagi dan penampilan watak yang diaturkan cukup sempurna sekali. Walaupun drama ini mempunyai episod yang boleh dikatakan banyak, namun setiap episod mempunyai susunan cerita yang amat indah dan membuatkan aku merasa tidak puas dan keinginan untuk menonton episod seterusnya amat tinggi. Pernah berberapa kali terdetik di hati aku, mengapakah di Malaysia ini, tidak ada drama seperti ini, Adakah negara kita telah tersasar jauh daripada sebuah negara islam seperti yang diwar-warkan atau pun rakyat islam di malaysia lebih berminat untuk melihat drama-drama yang mempunyai fantasi yang entah apa-apa.

Sudah sedia maklum, Drama ini adalah sambungan kepada Novel dan Filem, dan segalan penceritaannya adalah baru, tetapi masih lagi berkisar kepada konsep asal. Aku sahaja ingin mengulas drama ini secara am bagi memberitahu kepada umum bahawa drama ini adalah sebuah drama yang mempunyai begitu banyak moral didalamnya seperti Keinsafan dan Kejahilan manusia serta pelbagai lagi pengajaran-pengajaran yang boleh dijadikan pedoman bersama. Drama ini masih lagi mengekalkan hampir keseluruhan pelakon-pelakon yang sama dalam filemnya dan ada sedikit pertambahan para pelakon bagi membuatkan cerita ini lebih seimbang atau "FLOW".

Masih ada lagi seorang yang begitu sabar di dunia ini, melihatkan sifat perlakuan yang di amalkan oleh Ustaz Azzam, aku begitu berasa diri ini amat kerdil disisiNYA. Sifat selalu berasa bersalah dan sentiasa memohon keampunan kepadaNYA amat nyata dipertontonkan dalam drama ini. Dan ia adalah nyata, kerana kita sebagai manusia dan tidak mempunyai sifat "Maksum" sebagaimana yang telah dianugerahkan kepada RASULNYA. Azali manusia, mereka tidak akan mengaku kesalahan mereka lakukakan dan mereka lebih mementingkan keduniawi semata-mata. Dan Syaitan lah permenang di sebaliknya. Drama ini memperlihatkan walaupun sejauhmana kesesatan yang di alami oleh seseorang islam dimuka bumi ini, jika mereka menyedari dan bertaubat bersungguh-sungguh, nescaya Allah S.W.T akan membuka selebar-lebarnya pintu taubat untuk mereka. Adakah sifat ini masih lagi di amalkan pada era goblisasi ini. Aku berani mengira dan nisbahnya mungkin hanya 1/1000 untuk golongan ini... Kenapakah hal ini berlaku...Jawapannya adalah pengisian ilmu agama yang masih cetek. Dewasa ini, aku melihat Malaysia mula menidakkan negara islam dalam sistem pentadbiran mereka. Mereka hanya mengucapkan malaysia sebagai negara islam pada namanya sahaja. Perh, terover lah pulak aku, lari daripada tajuk nie.

Drama ini bermula apabila Ustaz Azzam telah diamanahkan oleh Ayah Mertuanya iaitu Kia Lufti untuk menjaga prasentran Darul Quran memandangkan beliau ingin menuanaikan nazar beliau iaitu mengabadikan diri selama setengah tahun di bumi Mekah. Permulaannya sedikit berkonflik antara Ustaz Abdullah Khairul Azzam dengan isterinya iaitu Ustazah Ana yang melihatkan sedikit keretakan rumahtangga gara-gara kehadiran seorang wanita narcoba. Melalui konflik ini, aku melihat sifat2 seorang lelaki (Suami) yang tenang menghadapi krisis ini dengan cara yang halus, Walaupun Ustazah Ana telah terluka, tetapi ironinya, beliau tidak pernah meninggikan suara kepada Ustaz Azzam walaupun sekali. Tambah memeritkan lagi, beliau telah disahkan mempunyai penyakit yang membuatnya sukar hamil. Nauzubillah, sunggguh terpuji akhlaknya. Jika dibandingkan dengan isteri2 pada masa sekarang, suami dianggap seperti seorang yang darjatnya rendah, sewenang-wenagnya dimarahi tanpa mengira dosa dan pahalanya. Para-para isteri harus menteladani Ustazzah Anna dalam mengejar keindahan syurga.

1/3 daripada keseluruhan drama ini agak seimbang dimana beberapa watak diperkenalkan dengan begitu tersusun, akan tetapi watak utama masih lagi terserlah dengan baik. Dengan kehadiran Ustaz Ellias kembali ke Pasentran membawa episod yang berbeza. Kesudian Ustaz Ellia untuk mengajar di Prasentran Darul Quran diterima dengan dada yang lapang , tetapi pada masa yang sama, kehadiran Ustaz Ellias membawa episod duka kepada adik Ustaz Azam iaitu Husna, dimana Ustaz Ellias telah menjelaskan bahawa beliau telah bertunang dengan gadis kelulusan Japan atas kehendak ibunya. Husna terpukul dengan kenyataan itu, disini telah disisipkan sedikit kesedihan yang berkisar kepada husna. Aku boleh menyatakan ia terlalu meleret sedikit. Kepulangan Fina iaitu tunangan kepada Ustaz Ellias daripada Japan Sedikit sebanyak telah merancakkan sedikit tempo drama ini. ( Sebenarnya Finalah yang paling aku minat dalam drama ini...Cun beb).

Sikap Fina yang lebih kepada budaya barat ini telah membuatkanya telah terlanjur kepada Ronald dan ia secara tidak langsung memberikan kesan kepada perhubungannya dengan Ustaz Ellias. Tetapi melalui kejadian ini, Fina telah mula untuk berubah. Didalam konteks penceritaannya, ia lebih memaparkan konflik antara Ronald, Fina dan Ustaz Ellias. Ia juga boleh dikatakan agak melerek jugak. Pembelian Radio JPMI oleh Ustaz Furqan tempat dimana Husna menceritakan kisah antara Ustaz Furqan dan Husna dimana Ustaz Furqan telah melamar Husna tetapi ditolak oleh ibunya Furqan dan 2-3 episod berkisarkn kepada kisah mereka.

Klimaks, 3/4 serta ending drama ini adalah yang paling memuaskan pada pandangan aku.. aku nak ceritakan pun panjang sangat. Ape2 pun aku suggest koarang untuk lihat drama ini. Konpim Puas Hati.


Rating :10


1 comments:

Anonymous said...

that is definitely what I was searching for, You have saved me alot of time

2leep.com