saPIRAH oh saPIRAH...PEDIH SUNGGUH HATIKU

Kesakitan yang digambarkan melalui mataku
Tubuhnmu kecil, kulitmu hitam manis tetapi bisamu sungguh memeritkan aku. Sampai ke saat ini aku masih lagi merasa kesakitannya. Sungguh mendalam bisa yang kau suntikan ke dalam hatiku. Kenapa saizmu tidak sama dengan bisamu, aku sungguh-sungguh merana menahan kesakitanmu...

Sudah pelbagai cara aku lakukan untuk membuang kesakitan yang kau tinggalkan dalam tubuhnya, namun semuanya sia-sia belaka. Semakin aku memikirkannya, semakin aku merasa bahangnya. Kenapakah aku dipilih olehmu, lain kali pilih lah orang lain yang mempunyai ketahanan yang tinggi. Terus-terang aku tidak mampu menahan kesakitan. Aku sering bertanya, kenapakah engkau begitu berbisa, sedangkan aku tidak menyangka sama sekali kau akan meperlakukan aku sebeginirupa. Sedih betul memikirkan nasib aku sebagai mangsa saPIRAH yang kejam. 

Sudah seminggu kau memperlakukan aku sebeginirupa, aku  menyangkakan bisa yang kau tinggalkan ini hanya akan membuatkan aku sakit untuk beberapa hari sahaja, namun segala sangkaan aku meleset sekali. Sehingga ke hari ini aku masih lagi merasakan kesakitannya..Waaaa...Begitu pedih betul rasanya, entah bagaimana aku ingin ucapkannya. Adakah aku terlalu lemah atau aku telah dipilih oleh mu saPIRAH. Aku bingung, buntu dan impuls aku bercelaru memikirkannya. Tubuhku seolah-olah tidak bermaya, segala kudratku hilang , kakiku tidak mampu berdiri tegak, tangan ku layu seolah-olah tubuh ini ingin sahaja menyembah bumiNYA. Kenapakah aku selemah ini, dimanakah segala kekuatan yang aku tonjolkan dan banggakan selama ini. Adakah ia hilang begitu sahaja. Em... ingin rasanya aku berteriak bagu melepaskan perasaan yang terbuku ini. 

Semalam, aku bertedak membuka langkah untuk berjumpa dengan si Dia ( Idola ketika sakit Ku ), malu untuk aku menyatakan kepadanya secara terang-terangkan. Aku telah merubah cerita aku kepadanya, aku terpaksa melakukannya bagi menjaga maruh aku tetapi intipati kisahnya masih lagi sama. Dia telah sarankan aku untuk memekan beberapa jenis ubat-ubatan dan ringankan pemikiran, tetapi aku tertanya-tanya adakah segala ubat-ubatan yang disarankan oleh si Dia akan menunjukkan hasil yang cepat seperti mana yang aku inginkan.

Aku mohon kepada sesiapa yang pernah menerima nasib sepertiku ini, tampillah kehadapan untuk memberikan petua, nasihat dan motivasi kepada ku. Aku tidak mampu lagi mengharunginya seorang diri. Tolonglah insan yang lemah ini untuk melepaskan diri daripada gengaman si saPIRAH...


-saPirah-saPirah kau begitu kejam kepada ku-

0 comments:

2leep.com