Kenapa Lelaki Kelantan Sering Di Pandang Serong oleh Perempuan di Malaysia

Sebut sahaja asal daripada kelantan, pasti ramai masyrakat di Malaysia pasti akan menggelengkan kepala mereka. Alasannya, Lelaki daripada Pantai Timur ini Jahat, tidak Bersopan-Santun dan tidak bertanggungjawab. Wan pun tak tahu dari mana datangnya pernyataan tersebut. Sebagai seorang Lelaki kelahiran jati Kelantan, Wan menafikan sekeras-kerasnya pernyataan tersebut. Tapi peliknya, orang perempuan kelahiran Kelantan tidak pula di pandang serong oleh masyarakat.

Minggu lepas, Wan ada terbaca satu article dalam sebuah akhbar malaysia yang membincangkan berhubung dengan isu ini. Em...Alasannya, Lelaki kelahiran Kelantan ini mempunyai sifat yang suka menggangu perempuan teruatamanya para pelancong yang berkulit putih. Sebenarnya mereka meletakkan lelaki kelantan pada level yang rendah tanpa sebarang sebab yang munasabah. Wan tidak nafikan, ada kes-kes jenayah perempuan yang membabitkan lelaki Kelantan tetapi bukannya semua sebegitu rupa. Takkan kerana setitik nila rosak susu sebelangga?... Wan percaya mentality perempuan di Malaysia masih lagi pada tahap yang rendah dan masih lagi mengamalkan pemikiran yang statik. Biasalah azali manusia, segala kebaikan akan masuk dan keluar terus daripada telinga mereka, tetapi segala keburukan akan masuk ketelinga mereka dan akan dimanipulasikan atau ditatahiaskan terlebih dahulu sebelum keluar. Itulah yang Wan nampak pada hari ini. Segala keburukan yang ada pada Lelaki Kelantan akan diperbesar-besarkan disetiap pelusuk negara, tetapi setiap kebaikan di simpan di Peti Besi... Adilkah ia...?





Wan create post ini adalah semata-mata nak memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap lelaki kelantan sahaja. Pada pandangan wan, penilaian seseorang itu perlu pada sifat-sifatnya dan bukannya pada negeri kelahirannya. Kebanyakan perempuan-perempuan yang bercinta dengan lelaki kelantan dan memasang impian dengannya kecewa gara-gara perhubungan mereka tidak direstui oleh keluarga perempuan. Alasannya lelaki daripada negeri kelantan tidak mempunyai tanggungjawab, tidak bersopan-santun, budaya yang kolot dan sanggup meninggalkan anak bini mereka semata-mata untuk menolong rakan senegeri mereka. Perh...begitu teruk persepsi masyrakat terhadap lelaki kelantan. Mungkin ia wujud gara-gara pengalaman yang dihadapi tetapi ia tidak perlu mengaitkan kannya dengan orang lain kerana setiap orang mempunyai akal pemikiran yang berbeza. Jangan kerana seorang yang membuat salah, orang lain yang menerima palitnya. Wan rasa persepsi tersebut perlu lah dihapuskan dalam pemikiran masyarakat pada hari ini kerana perubahan budaya lelaki kelantan pada hari ini amat ketara. Lelaki kelantan pada hari ini telah melalui anjakan paradigma yang baru ban masyarakat harus membuka mata dan mempunyai pemikiran yang lebih terbuka.

Sebenarnya, Lelaki Kelantan tidak seburuk yang di gambarkan, tetapi kebanyakannya telah menjadi mangsa kepada media massa yang berbaur politik terhadap negeri Kelantan. So renung-renungkanlah.....


Wassalam....

9 comments:

Unknown said...

Btol ape yg wan ckp... sy dh slalu outstation kat klantan, so ape yg sy nampak realitinye x sama mcm ape yg org fikirkn slama ni.. pendek kate lelaki dr timur akan ditolak ketepi dulu.. trutama kelantan, then trg.. pahang x kot.. tapi bagi pmpn yg terrrr jatuh cinta dgn mreka pasti merasakan lelaki dr mane2 pun same je... bagi mereka yg pernah tggl dpantai timur maybe mereka berfikiran lbh terbuka menerima lelaki klantan... satu kelemahan lelaki kelantan ialah; tidak dpt menyesuaikan diri n bgaul dgn org dr negeri lain hanya disebabkn sukar utk mengubah dialek, so jln terbaik tuk trus bersosail mreka lbh senang bkwn dgn rakan senegeri.. masalah yg dihadapi mereka samalah ape yg dihadapi oleh kite semua untuk speaking, sudah nye ckp mlayu je... pastu kwn dgn budak2 mlayu je.. tapi satu yg sy respek dgn lelaki klantan, rata2 mereka x tinggal solat n pandai mengaji... ape yg membanggakan sy kebanyakan kerete2 mewah kat sane dipandu oleh mereka yg berkopiah.. sbgai contoh owner station minyak pun ramai melayu..

p/s; so kpd awek2 yg dpt balak dr klantan, bertuah la anda.. mane tau kot2 dpt anak tokey.. hahaha (gurau je..)

FOOTPC said...

betul tu jamal...org kelantan sekarang kaya-kaya..

Anonymous said...

Kaya dn kelentonh

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sama ja orang kedah pun selalu dilabel suka bergaul sesama negeri...padahal kami disini org kedah biasa2 ja..bak kata org pepatah boleh bercampur dengan semua..sebab tu benarlah org kata,tak kenal maka tak cinta..kena kenal dulu bru boleh buat penilaian...ni tak main letak je penilaian yang jauh berbeza dengan realiti sebenar di sesebuah negeri tu...

Anonymous said...

Yang x elok jgn di amik...ramai lg yg elok budi bahasa dan pekerti nye. Org luar sume bijak pandai..pasti dpt pilihan yg tepat..

Unknown said...

Org kelantan baik2 la

Anonymous said...

Apesal llaki klntn pmls sgt ha

Anonymous said...

Org klntn klaw x jmpa gu xpa,jmpa gu habih...

2leep.com