Kahwin... Hukum VS Adat

Lama benar rasanya wan tak menulis post baru dalam blog ini. Sebenarnya wan sedang dalam deman peperiksaan akhir ni. Biasalah,budak belajar katakan. Em..buntu jugak sebenarnya nak tulis pasal aper. Rasanya tak pelik kot kalau wan nak share tentang kahwin nie. Wan nak share ni sebab wan dah melaluinya tetapi bukan sebagai pengantin tetapi sebagai penaung pengantin.


Gerun betul wan tengok orang kahwin sekarang ini. Apa taknya, kepentingan adat lebih banyak daripada hukum. So duit keluar pun macam air lah keluarnya. Sekarang kalau tak ada RM 20K, tak merasalah duduk atas pelamin. Mana taknya, hantarannya dah RM 10K,campur dengan barang atas dulang, mau tak mau dah burn RM 5K untuk barang tu sahaja. So lebih 5K tu untuk buat makan lah.Tu pun badget untuk 4 ratus orang sahaja, So lebihnya langsung tiada. Pengantin jadi pokai akhirnya. Mana silapnya, mungkin orang melayu masa kini lebih menjaga adat daripada hukum?.

Wan just nak bagi contoh jer nie, ada sepupu wan kahwin, follow hukum jer iaitu mas kahwin, kesudahannya bahagia jugak, siap package anak setengah dozen lagi tu. Wan kadang-kadang hairan jugak kenapa keluarga perempuan sering meletakkan harga yang tinggi sebagai hantaran. Adakah mereka ingin menunjuk-nunjuk kepada kampung bahawa anak mereka mempunyai value yang tinggi. Tetepi kadang-kadang harga yang diletakkan tidak bersesuaian langsung kerana ada sesetengah gadis hanya penjaga stor sahaja tetapi hantarannya RM 10K jugak. Yang kesiannya adalah golongan lelaki yang terpaksa berpersonal loan semata-mata untuk kahwin. Ada jugak sesetengah keluarga perempuan langsung tidak boleh nego tentang duit hantaran. Macam jual anak pulak.

Wan tak nafikan, ada betul jugak pendapat yang menyatakan kahwin hanya sekali dan kononnya ia perlu dilaksanakan dengan penuh gilang-gemilang. Tetapi yang peliknya tak sampai setahun ada dah yang pakai tag nama janda. So, kalau difikirkan, wang tidak menjaminkan kebahagian dalam rumah tangga tetapi niat. Namun begitu kebanyakan keluarga perempuan tidak mahu mengalah. Alasannya ialah malu dengan jiran-jiran tetangga. Wan sedar perasaan malu itu adalah separuh daripada iman tetapi perasaan malu ini tidak kena pada tempatnya. Mulut jiran-jiran ini tidak boleh ditutup, azali manusia, jika mereka tidak nampak kesalahan orang lain, tak sahlah kehidupan mereka hari itu. Pihak perempuan harus meletakkan harga yang padan dengan anak mereka dan bukanya membandingkan dengan harga org lain.

Kalau ditanya wan, ikhlas wan cakap, wan takut nak kawen, sebab takut x cukup duit. Em..buntu lah..so renung-renung lah


4 comments:

Jimie SC said...

hye wan, slmt bknlan...

dorang tu ikut trendla wan..haha...

FOOTPC said...

skype, biasalah budak baru belajar katakan

D'China Store said...

memang kawin ikot trend tapi luncai tak boleh terima kalau level rendah pun nak demand mcm lulusan tinggi. sepatotnya kena pikir kewangan selepas kawin. nak kawin tak de duit last2 wat persetubuhan haram..

FOOTPC said...

betul 2 luncai...lepas kahwin hutang berjela-jela..senang kahwin macam orang dulu...mudah dan cepat.. janji nafsu tak terpesong kedalam semak.

2leep.com