Kelebihan Menjadikan Wanita Tidak Cantik Sebagai Pendamping Hidup


Salam Pertemuan Kembali...

Sekadar Gambar Hiasan


Siapa yang tak mahu beristerikan seorang yang cantik..Wan pun kalau diberi pilihan, mestilah wan pilih seorang wanita yang cantik untuk dijadikan sebagai pendamping hidup walaupun wan nie B- jer orangnyer..Tetapi kalau dipikirkan balik isteri yang cantik bukan jaminan kepada keluarga yang bahagia.

Bagaimana dengan wanita yang tidak beberapa cantik? Wan rasa mereka ini tidak cantik pada zahir sahaja tetapi iman dan hatinya cantik. Bagi wan, menjadikan wanita yang tidak cantik sebagai pendamping hidup mempunyai banyak kelebihan. Dewasa ini, wanita yang cantik lebih kearah metrealistik dan mementingkan wang semata-mata. Mana tidaknya, jika dilihat artis-artis di malaysia, rupa bukan main lawa tetapi kahwin dengan lelaki D+ jugak, janji lelaki itu kaya-raya.

Ini antara kelebihan beristerikan wanita yang kurang cantik sebagai pendamping hidup pada pandangan wan :

Taat
Sifat mereka lebih dominan kepada sifat setia yang tebal dan kaum-kaum suami tidak perlu risau dan tidak perlu memasang GPS, Friend Finder atau sebagainya untuk memantau isteri mereka kerana wanita yang kurang cantik ini mempunyai kecantikan yang tersembunyi iaitu kecantikan iman dan peribadi. Jika dibandingkan dengan wanita yang cantik, kebanyakan tarikh luput perkahwinan mereka hanya 2 tahun sahaja. Tidak dinafikan bukan semua wanita yang kurang cantik ini baik tetapi nisbah amat ketara.

Peluang untuk curang kecil.
Bagi wanita yang kurang cantik ini, market mereka sedikit terhad. Jika pergi ke Mall atau tempat-tempat terbuka, peratus untuk lelaki menyedari kehadiran mereka hanyalah 1% sahaja. Tidak akan ada kenyit-kenyit mata atau pun minta no phone. Friend dalam FB pun x ramai. So peluang untuk memulakan operasi kecurangan ini adalah sangat-sangat kecil. So suami akan merasa lebih selamat dan sifat prasangka dapat dibuang.

Komitmen bekerja yang tinggi
Biasanya isteri yang tidak berapa cantik ini fokus membuat sesuatu perkerjaan. Tidak bagi isteri cantik,mereka sering risau kulitnya akan hitam, terkena matahari, tangannya tebal dan sebagainya. Malah mereka juga enggan mencuci pakaian sendiri, semua dihantar ke kedai dobi. Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Segala pekerjaan rumah biasanya akan dilakukan dengan baik.

Budget Rendah
Bagi isteri yang kurang cantik ini, mereka tidak demend untuk ke salon-salon mahal, buat treatment, fitness class, diet, sedut lemak, buat rambut, pakaian branded. Mereka lebih gemar bersolek seadanya. Biasanya aset utama isteri tidak cantik ini adalah bedak sejuk jer.Pakaian pun tangkap muat jer.

Rumah Tangga Kekal
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar.

Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.


So kepada lelaki di yang tengah mencari pendamping hidup, lihatlah jauh kedalam hati dan bukanya zahir semata-mata. Persetankan komen-komen orang disekeliling kita, carilah seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat yang murni dan janganlah padang wanita yang kurang cantik ini sebeleh mata. Ia juga ciptaan yang maha esa.

Wassalam...

 

0 comments:

2leep.com