Petrol RON95 lebih Mahal Dari RON97?

Minyak oh Minyak....Hari ini wan nak kongsikan perbezaan antara minyak RON 95 dengan RON 97. Ada kajian yang telah dibuat oleh sesetengah individu yang dijalankan terhadap perodua Viva elit (1000 cc).Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km.

Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Mari kita analisis data ini.

                   RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
                   RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33


Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.

 RM1 RON97 = 9.85 km
  RM1 RON95 = 7.33 km 

Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian  sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.  Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi  kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri?
Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?  Persoalannya kini... Bila GOMEN tarik subsidi yang sememangnya hak kita  minyak apa kita pakai tak rugi duit kita..?

               



3 comments:

Sricahaya said...

betul2..sama je sebenarnya..tak de beza pun kalau isi minyak 95 or 97...dua2 cekik darah..

FOOTPC said...

Nampaknya kena naik basikal lah...tiru gaya hidup jepun..duit save

Unknown said...

http://mysuperkids.net/ron95-vs-ron97-%E2%80%93-mana-lagi-jimat/

2leep.com