Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong

Salam Pertemuan Kembali...
Akhirnya setelah hampir seminggu lebih, mood wan untuk berblogger memuncak kembali, so hari ini wan nak kongsikan satu kisah untuk dijadikan tauladan bersama.


sekadar gambar hiasan 

      PADA SUATU hari telah datang seorang lelaki kepada baginda Rasul (saw) kerana hendak memeluk Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadah, lelaki itu lalu berkata : "Ya Rasul Allah! Sebenarnya aku ini selalu benar berbuat dosa dan payah dapat aku meninggalkannya." Maka jawab Rasulullah (saw) : " Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" "Ya, saya berjanji." jawabnya singkat. Kemudian dia pun pulang ke rumahnya.

      Sebenarnya sebelum Islam lelaki itu terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk islam itu, dia cuba sedaya upayanya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Dengan harapan serta maksud yang baik itulah maka dia meminta nasihat dari Rasulullah (saw). Tatkala berjalan pulang dari menemui Rasulullah (saw), lelaki itu berkata dalam hatinya : " Berat juga aku hendak tunaikan apa yang dikehendaki Rasulullah itu."


     Maka sejak itulah apabila hatinya terdorong sahaja untuk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejeknya, : Beranikah engkau berbuat jahat? Apa yang kamu akan katakan nanti bila ditanya oleh Rasul? Sanggupkah engkau berbohong kepadanya?"


     Demikian hati kecilnya mengejek. Dia menjadi tersedar lalu terus berfikir dalam hatinya. " Kalau aku berbohong kepada Rasul maka aku telah mengkhianati janjiku kepadanya. Sebaliknya jika aku berkata yang benar bahawa aku telah berjudi, meminum arak atau lainnya, bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam! Wahai....sungguh dalam hikmah yang terkandung dalam pesanan Rasul itu."


      Setelah berjuang dengan hawa nafsunya itu, lelaki itu akhirnya tidak jadi hendak berbuat jahat. Menurut ceritanya, semenjak hari itu, bermulalah babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah daripada kejahatan kepada kemulian hidup, kepada jalan yang benar yang indah seperti yang digariskan oleh Rasulullah (saw). Sehingga di akhir hayatnya, dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.


Pengajaran : Sikap Bohong akan titik tolak kepada kejahatan yang lain. Sesungguhnya ciptaan Allah adalah paling sempurna. Bayangkan jika Lidah kita bertulang, pasti setiap patah perkataan yang akan keluar daripada mulut kita akan di pikirkan seribu kali sebelum mengucapkannya...


Renung-renungkan dan selamat berblogger....
Wassalam....

4 comments:

Jimie SC said...

thanx wan coz share citer nie.. ;)

FOOTPC said...

skype:tq coz sudi baca..

Unknown said...

insaf 5 saat...haha

Anonymous said...

rupanya dengan tinggalkan cakap bohong boleh elakkan diri drpd buat dosa.. bagus.. nice sharing..

2leep.com