SAHABAT SELALU LAMBAT

Salam Pertemuan Kembali....


Kadangkala membosankan sekiranya berjanji dengan individu yang tidak gemar menepati masa. Apatah lagi sekiranya individu yang membuat janji itu adalah sahabat rapat anda sendiri. Jika sekali dua mungkin boleh di maafkan lagi tetapi sekiranya terlalu kerap kejadian itu berulang apakah yang biasa anda lakukan ?. Jom ikuti cara yang aku cadangkan bagi mengatasi masalah ini.

1. Berbohong Demi Kebaikan
Berhadapan dengan sahabat yang tidak menepati waktu, anda bolehlah menggunakan taktik ini. Contohnya, anda mengajak sahabat menonton wayang. Tiket wayang yang anda beli adalah untuk tayangan pada pukul 8.30 malam. Untuk mengelakkan si sahabat supaya tidak lewat, anda perlu menyatakan kepada beliau bahawa tayangan akan bermula pada pukul 8.00 malam. Sekiranya si sahabat marah apabila mengetahui anda telah menipunya, cuba terangkan keadaan sebenar kepada beliau. Jelaskan apa yang anda lakukan ini adalah satu kebaikan untuknya. Tetapi ingat jangan menipu untuk tujuan negetif.

2. Buat Janji Temu
Memandangakan sesetengah daripada anda telah lali dengan sikap buruk rakan anda itu, apa kata sekiranya anda suruh sahaja sahabat itu datang pick-up anda kat rumah atau kat pejabat. Sekurang-kurangnya si sahabat anda lewat, anda ada perkara yang boleh dilakukan sementara menanti ketibaannya. Masa anda tidak terbuang begitu sahaja.

3. Deadline Dalam Pertemuan
Bukan sahaja dalam sesuatu kerja sahaja kita boleh menetapkan deadline. Dalam menghadapi permasalahan ini juga, anda turut digalakan berpegang pada deadline. Beri tempoh waktu tertentu kepada sahabat anda yang bermasalah itu agar dia lebih serius ketika membuat janji. Tegaskan kepadanya bahawa anda hanya boleh menunggu selewat-lewatnya 20 minit sahaja.

4. Sindiran
Memiliki sahabat yang mudah mengikut anda ke sana kemari adalah menyeronokkan. Tetapi keseronokan itu akan lenyap sekiranya janji temu sahabat anda itu tidak boleh dipakai langsung. Teknik ini berkesan dan tidak mengecilkan hati sahabat anda tetapi ia memakan masa yang lama kerana setiap individu mempunyai perangai yang berbeza.


Kesimpulannya, bagi aku, isu mereka yang lewat ini dalam membuat janji dengan sahabat masing-masing tidak menjadi isu kerana masalah ini boleh di ubah jika kita menyamakan situasi ini dengan Solat 5 Waktu. Jika kita solat tepat pada masanya dan tidak menangguhkannya, Insayaallah solat tersebut diterima olehNya dan kita tidak mungkin akan meninggalkan solat.

P/S : Aku pun kadang-kadang terbuat janji yang tidak tepat jugak....Tetapi sebagai manusia, kita cuba berubah daripada keburukan kepada kebaikan.

0 comments:

2leep.com