APA ITU PEMIKIRAN KRITIKAL/KRITIS!

Salam Pertemuan Kembali.


Adakah setiap manusia mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal/kritis di dalam diri mereka. Sebenarnya tidak semua orang mempunyai pemikiran kritikal/kritis dan nisbahnya adalah kurang. Adakah pemikiran ini adalah anugerah tuhan semata-mata atau boleh diperolehi. Pada asasnya, pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan. 




Maksud Pemikiran Kritikal/Kritis

Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) menghuraikan pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Nik Aziz (1994), secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisis isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah dari berbagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru. Manakala Jaafar (1995) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah pemikiran secara sistematik, secara universal dan secara radikal adalam menganalisis sesuatu secara mendalam.

Secara umum, berdasarkan definisi di atas maka dapatlah disatukan pemahaman tentang pemikiran kritis, iaitu usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri (thinking of oneself) (Eugene dan James,1991). Kefahaman ini boleh disatukan berdasarkan beberapa elemen teras iaitu;

a) Berfikir dengan menggunakan dimensi otak kiri.
b) Berfikir menggunakan urutan dan hokum logic
c) Berfikir untuk membuat pertimbangan dan keputusan
d) Berfikir dengan sikap yang berhati-hati dan mengambil kira risiko dan kesan


Usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri(thinking oneself) bermaksud setiap individu harus memikirkan sesuatu isu/masalah yang telah, sedang dan akan berlaku berdasarkan pemikiran sendiri, tanpa dipengaruhi oleh pemikiran orang lain. Pemikiran kritis mengajak kita agar berfikir dengan lebih bersistem dan terarah dalam membuat sesuatu keputusan. Dengan kata lain, keputusan yang kita buat bukan berdasarkan pemikiran orang lain. Sebarang bentuk idea, pendapat dan keputusan adalah atas pertimbangan yang tidak berbelah bahagi. Apa yang kita fikirkan; itulah yang kita terima sebagai hakikatnya. Sebaliknya , menurut Nik Aziz(1994) pemikir yang tidak kritis dikawal oleh emosi, prasangka dan kekurangan maklumat. Justeru itu mereka cenderung untuk membuat keputusan secara gopoh-gapah, bertidak secara terburu-buru dan mengemukakan jawapan yang simplisistik kepada masalah yang kompleks. 

Pemikir yang kritis selalunya akan hanyut dalam arus kekeliruan antara realiti dan ideal. Pemikiran kritis menurut Scriven dan Paul (1995) ialah bentuk pemikian yang sebaris dengan “modes of thinking” yang lain seperti:

a) Pemikiran saintifik
b) Pemikiran matematikal
c) Pemikiran historical
d) Pemikiran ekonomikal
e) Pemikiran moral
f) Pemikiran kefalsafahan



Bagaimana Menilai Tahap Pemikiran Kritikal/Kritis

Terdapat dua tahap pemikiran kritikal/kritis yang dinilai iatu :

  • Pemikiran Kritis Rendah 

Pemikiriran kritis rendah hanya sekadar melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro)yang sederhana. Dengan memnggunakan kemahiran kritis mikro minda sekadar menerbitkan semula maklumat/data/pernyataan dan sebagainya yang telah sedia ada. Minda hanya memilih, mengasingkan, memastikan perbezaan dan kelainan yang wujud dalam satu-satu kategori atau kumpulan dan antaranya seperti: 

a) membanding dan membeza
b) membuat kategori
c) membuat bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
d) menerangkan sebab


  • Pemikiran Kritis Tinggi 

Pemikiran kritis tinggi melibatkan proses kognitif(kemahiran mikro) dan metakognitif (thinking abaout thinking). Pemikiran ini,tidak hanya menggunakan kemahiran mikrokritis, ia ditambah dengan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan (reasoning). Kita perlu mengupas, memperinci dan mengesahkan sesuatu maklumat/penyataan atau apa jua perkara dengan spesifik dan terarah. Agar daripadanya kita dapat menghindarkan pemikiran kita daripada sebarang idea yang tidak konsisten dari segi logik, dan antaranya seperti; 

a) membuat ramalan
b) mengusul periksa andaian
c) membuat inferens
d) mengesahkan sumber maklumat
e) membuat generalisasi dan
f) mencari sebab dan membuat kesimpulan


Apa Kelebihan Pemikiran Kritikal/Kritis

Pemikiran otak kiri, iaitu otak kritis banyak manfaat dan hikmahnya. Sayangnya masih ramai yang kurang menyedari akan kelebihan pemikiran ini. Walaupun, setiap hari kita berhadapan dengan masalah yang memerlukan penyelesaian secara kritis, tetapi skema kritis itu tidak digunakan secara optimum (Jadual 4.1). Ramai sarjana seperti Jaafar (1995), Ainon dan Abdullah (1996), Mohd Micheal (1995) yang memperkatakan tentang kelebihan pemikiran kritis ini. Sesungguhnya banyak kelebihan memiliki pemikiran kritis.




So, Agak-agak anda mempunyai Pemikiran Kritikal/Kritis atau tidak

P/S : Pemikiran kritis dipunyai oleh setiap daripada kita. Cuma darjah kritis seseorang itu agak berbeza. Pemikiran kritis penting kepada diri seseorang, agar ia sendiri dapat mengenal pasti arah dan hala tuju ia berfikir dan kemudian dalam masa yang sama dapat memberi focus  pada yang sepatutnya difikirkan. Menerusinya, kita akan lebih defensive, ofensif dan provokatif dalam menilai sesuatu. Kita tidak menerima bulat-bulat, hatta sesuatu yang dinyatakan itu datangnya daripada sumber yang sahih dan  boleh dipercayai. Ini adalah  kerana kesilapan logik boleh berlaku pada mana-mana bahagian yang kita tidak jangka. 

2 comments:

Dollah Salleh said...

tinggi sgtla bhs sdr nie..xdapek nk phm sy..papepun nice.. ;) keep it up bro.

FOOTPC said...

yer ker...saya dah compress dah bahasa nie....apa2 pun..thanks for reading

2leep.com