BELAJAR + BEKERJA = BAGAIMANA NAK FOKUS & BERJAYA?

Assalamualaikum...


Pada pagi yang hening serta hujan renyai-renyai ini, aku rasa nak kongsikan pengalaman aku sebagai seorang pekerja sambil belajar. Ketika 6 bulan pertama  aku mengikuti pengajian di UTMSpace, aku sesat dalam  mencari bagaimanan cara untuk fokus dalam pekerjaan dan pengajiaan, Terus-terang aku katakan, aku kadang-kadang hampir putus asa untuk belajar dek kesibukan pekerjaan aku.

Mana tidaknya, pada awal2 pengajian aku, aku merasa seolah-olah kehidupan aku hanya untuk bekerja dan belajar sahaja. Saat-saat sosial aku seolah-olah telah lenyap disebabkan oleh kesibukan kerja dan belajar aku. Aku pun dulu bingung bagaimana ada individu yang mengikuti PJJ yang begitu fokus dalam pelajaran mereka seolah-olah mereka adalah pelajar sepenuh masa.

Alahamdullilah, setelah hampir 2 tahun aku di UTMSpace, aku telah menjumpai cara-cara untuk fokus dalam pelajaran dan pekerjaan. Walaupun ianya tidak begitu sempurna, namun ia menjadi tongkat kepada aku untuk "berjalan di dalam kegelapan malam.(Dramatik lah pulak ayat aku).



So, hari ini aku nak sharekan bagaimana untuk fokus dalam mengikuti pembelajaran sambil belajar ini. Antaranya ialah : 

1. Jangan Sesekali Hilang Tumpuan Ketika Belajar.
Jika ada diantara kita yang merupakan pekerja yang berdedikasi dan kadang-kadang khidmat anda sentiasa diperlukan sehingga lewat malam, pastikan jangan hilang fokus di dalam kelas. Jangan jadi individu yang pensyarahnya mengajar kat depan, dia "buat peta" atau "taik mata" kat belakang. Pada pandangan aku, tiada gunanya belajar sampai keperingkat tertinggi tapi apa yang diajar tidak masuk ke dalam kepala. Pastikan kita membuat jadual kerja dan jadual belajar dan pastikan jadual yang dibuat adalah bersesuaian. 

2. Jangan Sesekali Bawa Kerja Pulang Bersama.
Rumah adalah tempat merehatkan otak dan bukan tempat untuk menambah tekanan kepada otak kita. Pastikan kita tidak membuat @ menyemakkan rumah dengan kerja-kerja pejabat. Seelok-eloknya kita gunakan masa dirumah untuk mengulangkaji pelajaran tetapi jangan terlalu gigih.(Perlu seiring dengan usia). 

3. Jadilah Orang Yang Professional & Matang Dalam Semua Perkara.
Jika ada kerja-kerja pejabat yang perlu disiapkan, pastikan anda jangan sesekali selesaikannya di kuliah. Usah terlalu sibuk menjawab atau menghubungi orang lain untuk urusan kerja di dalam kelas kerana ia akan menggangu tumpuan pelajar lain di dalam kelas. Paling penting, pastikan kita menghormati pelajar lain ketika berada di dalam kelas.

4. Jangan Suka Ambil Kesempatan
Halangan terbesar untuk bekerja sambil belajar adalah untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Aku akui kadang-kadang masa yang diberikan oleh pensyarah terlalu suntuk disebabkan kesibukan kerja, tetapi jangan sesekali meniru hasil kerja orang lain kerana ia seolah-olah mengambil kesempatan di atas kesengsaraan orang lain yang terpaksa membahagikan kerja mereka demi menyiapkan tugasan tersebut. Selain itu juga, elakkan menggunakan kemudahan pejabat untuk kegunaan kuliah seperti mesin photostat atau printer kerana kemudahan itu disediakan untuk kerja dan bukan untuk kuliah kita. 

5. Jaga & Kekalkan Kesihatan
Otak yang sihat & cerdas bermula dengan permakanan yang sihat. Kadang-kadang kita terbiasa dengan makan atau bersosial di luar waktu kerja, pastikan kita ingat bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar itu untuk belajar dan kerja pada esok harinya. Bagaimana untuk berjaya jika tubuh kita tidak sihat?.Jadi pastikan pengaturan rehat dan makan penting untuk memastikan kita dapat memberikan tumpuan pada kedua-dua perkara tersebut.

6. Displin, Displin & Displin
Waktu kerja perlu difokuskan untuk bekerja dan waktu belajar perlu difokuskan untuk belajar. Displinkan diri supaya tidak terlalu mengikut ajakan teman untuk bersosial kerana ketika bersosial itu. mungkin banyak juga duit akan dihabiskan. Kalau sesekali tidak mengapa. Dengan cara ini, wang dapat digunakan untuk benda-benda berfaedah yang berkaitan dengan pelajaran. Ini kerana untuk bekerja + belajar , selalunya banyak duit diperlukan untuk membeli buku atau menyiapkan projek-projek tertentu. Yang paling penting dan key untuk berjaya adalah, jangan sesekali kuliah kerana urusan kerja. pastikan anda berbincang dahulu dengan bos untuk mendapat pelepasan untuk ke kuliah kerana masa kuliah yang ada begitu singkat.

Aku rasa yang tu jer kot yang aku rasa aku implement sepanjang aku bekerja + belajar ini. Memandangkan mata aku dah berat ni..aku nak tamatkan entry ini dan aku harap ia membantu.

P/S : Mintak-mintaklah test Electromagnet Theory (EMT) esok berjaya.. Mood rasa macam failure jer test esok sbb subjet nie susah..(Opss..Jangan sesekali putus asa)

2 comments:

Fara Atika said...

wah2.. boleh jadi motivasi untuk fara bile dah masuk u nanti.. :)

FOOTPC said...

Fara Atika : Diharap masuk U yer tapi jangan kayuh sampai separuh jalan yer...

2leep.com