Rendah Diri Boleh Sembunyikan Keupayaan Sebenar Seseorang....

Salam Pertemuan Kembali...


Pertama sekali...aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada mereka yang telah follow dan melawat blog aku...aku sebenarnya tidak mempunyai kesempatan untuk melawat blog korang...maaf banyak..banyak yer...Aku akan follow n melawat blog diorang a.s.a.p...

Sekadar Gambar Hiasan

Hari ini aku nak fokuskan terhadap sikap "Rendah Diri"...Tidak dapat dinafikan...ramai orang yang mempunyai sikap ini di dalam diri mereka....Tidak salah sebenarnya mempunyai sikap rendah diri tetapi janglah sampai sikap itu memanipulasi kehidupan kita.....Adakah golongan-golongan yang berasa mereka dalam kategori D- mempunyai sikap rendah diri yang menebal dalam hidup mereka....Adakah golongan ini lembap atau bodoh....?

Sebenarnya potensi mereka tersembunyi di sebalik sikap terlalu rendah diri mereka...mereka takut untuk berhadapan dengan masyarakat umun kerana rupa mereka yang tidak seberapa itu akan menjatuhkan keyakinan diri mereka...

Sepatutnya mereka yang merasa diri mereka berada dalam kategori D- harus sedar bahawa mereka mempunyai kelabihan disebalik anugerah ilahi itu....jangan fikir mereka yang berada dalam kategori A+ adalah pandai dan bijak...kadang-kadang mereka..berselindung di sebalik kecantikan mereka dan menindas golongan lain untuk menunjukkan potensi mereka.....

Berikut adalah 3 sebab kenapa Anda merasa rendah diri pada pandangan aku : 
 
1. Anda tidak bertanggungjawab.
 
Anda tidak bertanggungjawab pada diri Anda, sebabnya Anda tidak berusaha memajukan diri sendiri dalam berbagai aspek. Anda cuma merasa diri Anda tidak layak. Anda tidak memilih untuk menjadi orang depan, sebalinya memilih untuk menjadi orang belakang. Orang depan mencipta sesuatu dan melakukan sesuatu, sebaliknya orang belakang hanya mengikut, tidak ada inisiatif untuk memulakan sesuatu.
 
2. Keyakinan Diri Anda Rendah.
 
Anda merasa rendah diri sebab Anda melihat orang lain lebih hebat dan cantik dari Anda. Anda terlalu banyak melihat kehebatan orang lain tapi tak berusaha mendiskaver kelebihan diri sendiri. Orang yang sering merasa tidak yakin adalah orang yang tidak mengenal siapa dirinya. Cuba gali apa bakat Anda, cuba cari apa perkara yang Anda boleh buat dengan cukup bagus, lebih bagus dari orang lain di sekeliling Anda.
 
3. Anda menyerah pada komen-komen negatif.
 
Orang kata Anda bodoh, Anda terima dan Anda merasa Anda bodoh. Orang kata Anda kurang bijak,Anda merasa itu betul. Hentikan semua ini. Kini sudah tiba masanya Anda tidak perlu bergantung pada kata-kata orang. Inilah masanya Anda mendengar kata-kata dari suara hati Anda sendiri. Meminta pendapat orang itu boleh, tapi jangan sampai Anda buat sesuatu kerana di pengaruhi oleh mereka sebab Anda akan hilang kawalan pada diri sendiri. Untuk tidak menyerah pada komen-komen negatif, ransang diri sendiri dengan kata-kata motivasi. Ulang-ulangkan kata-kata motivasi di fikiran kemudian ingat selalu. Beri peringatakan pada diri sendiri supaya sentiasa bersemangat. 


Kepada mereka kurang cantik dan yang masih lagi di manipulasi oleh sikap rendah diri....ayuh bangkit....sesungguhnya dunia ini tidak dicipta untuk mereka yang cantik sahaja...." Show your potential"...

Wassalam... 

8 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat tengahari ahad...

kak ayu pun 2,3 hari nie sibuk dicitarasa rinduan, dah jarang nak blogwoking...

bab rendah diri kerana kurang keyakinan..kak kurang suka sekali...

semua orang pemalu...tapi kenalah buang jauh2..kalau tiada keyakinan..sure kurang kawan dan agak ketinggalan dr segi pergaulan, kan?

GreenAppleKu.com said...

Merendah diri boleh tapi biarlah kena pada tempat dan orang. Jgn sampai menjatuhkan maruah diri pula. Tq for visit me. Please tukar URL ke greenappleku.com. Sejak tukar ke dot com ni..memang ada sedikit gangguan teknikal.

umie said...

Assalamualaikum

menarik

cuma saya agk kurg jelas,,artikel ni asasnya apa ya? berkenaan rendah diri..atau mahu dikaitkan dgn situasi gadis yg kurg rupa, justeru perlu di serlahkan potential?

Rendah diri dan malu dua perkara berbeda.

Rasulullah menyuruh kita bersikap malu. Bahkan gejala sosial, tutup aurat ttpi seksi, rasuah dsbg adalah kerana sikap malu dalam Islam yg sudah terhakis bahkan diabaikan.

Sedang rendah diri adalah disbbkan kurang yakin kemampuan diri..dalam erti kata, masih belum menemui titik potensi diri. Untuk mengenali kelebihan diri, pertama perlu dekat kepada Allah dahulu,,amalkan sikap qanaah,,wasatiyah dll. Seterusnya perlu meningkatkan fham beragama.

Ilmu yg dititip smaada dr buku/pelajaran sbnarnya melatih seseorang agr yakin dgn dirinya sendiri. Selebihnya saya berpandagn...perlu cabar diri to the limit. misal, menyertai pertndgn pidato dsbg.

soal wanita dan cantik..perlu pd perbncgn khusus,,terutma melibtkn soal maruah,aurat,ikhtilat. Hiasan wanita adalah malu. dan lebih cantik jika dia yakin dgn dirinya. Yakin menegakkan syariat Allah.

wallahua'lam

d_LA said...

ade tempat perlu merendah diri, ade tempat kite harus tonjolkan diri supaya org yakin dgn kerja kita tp jgn over..setuju kata2 umie tu ^__^

FOOTPC said...

Citarasa Rinduan : tu lah pasal...kerana kurang keyakinan diri..org akan cop kan kita sebagai sombong....

FOOTPC said...

GreenAppleKu : k..tq for comment...tahniah sebab dah tukar blogdpot kepada com...

FOOTPC said...

umie
Waalaikummussalam...
Asas en3 ini adalah Rendah diri...Cuma bandingkan dengan perwatakan seseorang sebagai contoh sahaja...terima kasih diatas komen yang membina..sesungguhnya manusia perlu sentiasa belajar...

FOOTPC said...

d_LA : Tapi kebanyakan orang lebih mementingkan penampilan berbanding potensi mereka...mereka telah lekatkan mentality " Kalau muka Lawa, potensi Tinggi" dalam kotak pemikiran mereka..terima kasih atas komen..

2leep.com