TAK SALAH KAN..!!!

Salam Pertemuan Kembali...

Apa khabar blogger2 semua..harap dalam lindungan-Nya, Hari ini aku nak membincangkan tentang perkataan yang sering kita ucapkan tetapi tidak pasti pro dan kontra di sebaliknya....

Perkataan " Tak Salah Kan" sering kali diucapkan oleh seseorang bila mereka cuba menyokong perbuatan yang mereka lakukan..walhal kadang-kadang perlakuan yang mereka lakukan memang sah-sah salah....Alasan tidak mengaku adalah bagi menjaga ego mereka...

Cuba kita renungkan kembali adakah perkataan " Tak Salah Kan" yang sering kita ucapkan mempunyai keburukan berdasarkan perlakuan di bawah :

Perlakuan 1 :
Khadijah : Minah..Apasal kau pakai tudung tak habis....Apasal kau tak tutup
                 jambul kau..?
Minah     : Tak salah kan Khadijah...janji aku menurut syarat untuk memakai tudung..

Perlakuan 2 : 
Syed      : Amir..apasal kau sembahyang tak pakai baju....?
Amir      : Tak salah kan Syed....Janji aku sembhayang.

Perlakuan 3 : 
Syam     : Ridzuan..apasal kau masuk juga ke kelab malam.
                sedangkan kau tahu tempat itu tempat maksiat?
Ridzuan  : Kenapa lak...aku cuma masuk ke sana untuk mencucuk langit jer..
                bukan minum pun..Tak salah kan..!!!?

Perlakuan 4  :
Siti         : Yanie...Apasal kau pakai baju ketat sangat sampai semua mahkota
                hang menonjol...?
Yanie     : Apasal lak siti...chek tahu hang dengki dengan baju chek pakai.
                chek tahu lah hang tu kolot dalam berfesyen..Tak salah kan chek
                 mengikut fesyen semasa..janji chek tak berbogel..

Cuba kita baca dan renungkan...Adakah kita pernah terlibat dalam perlakuan diatas...

Wassalam...

8 comments:

Encik Luncai said...

nice entri..

syam bukan nama sebenar..haha

Dayang Raziela said...

hampir setiap hari dengar...

☆aDihAys☆ said...

word tu da jd habit kn skrg..

ch!natsu said...

nice one.. =)

FOOTPC said...

Luncai : en3 sekadar untuk membuka mata sahaja

FOOTPC said...

Dayang Raziela : setiap hari kita dengar tetapi tidak mengerti maksud disebaliknya...

FOOTPC said...

☆aDihAys☆ : menjadi habit sebab sedap bunyi kot...

FOOTPC said...

ch!natsu : tq for visit n leave comment

2leep.com