Yang DiKejar Tak Dapat...Yang DiKendong Keciciran..........

Salam Pertemuan Kembali..


Fuhh...lega rasanya dapat aktif kembali dalam dunia blogger ini...selepas hampir 2 bulan aku tidak aktif dek kesibukan kerja....rasanya aku nak tulis en3 yang panjang hari ini...nak balas dendam katakan....Tapi en3 ape yang aku nak tulis hari ini yer...?

Hari ini aku nak tulis en3 pasal peribahas " Yang Dikejar Tak Dapat..Yang Dikendong Keciciran" tetapi apa yang di kejar dan apa yang dikendong.....Aku tertarik dengan peribahasa ini kerana maksudnya yang cukup mendalam... Jika di aplikasikan di dalam dunia hari ini...pasti kita boleh lihat daripada perspeksi semasa iaitu masyrakat sekarang lebih mengejar keduniaan dan mencicirkan akhirat...Jika di fikir balik...dunia hari ini ini telah membutakan masyrakat tentang  apa sebenarnya tujuan mereka hidup di dunia ini...

Sekadar Gambar Hiasan

Tidak dinafikan juga...kadang2 aku juga mengejar kehidupan duniawi ini tetapi sepuluh yang dikejar hanya 5 atau 6 sahaja yang dapat....daripada ilmu akhirat pulak kadang2 aku terpaksa mencicirkan solat 5 waktu semata-mata untuk mengejar duniawi... Ironinya...yang aku dapat sama dengan yang aku tercicir tetapi semua itu aku tidak nampak dek dikaburi oleh kejayaan yang aku dapat daripada duniawi yang aku kejar...

Tetapi masyrakat hari ini sering melabelkan duniawi adalah segalanya kerana mereka menyatakan dunia akhirat ini boleh difokuskan bila mereka tua nanti... Tetapi bolehkah kita menjangka setakat mana usia kita...? 20, 30 , 40 atau 70 tahun...? Cuba kita renungkan kembali...dimanakah letaknya diri kita.. cuba kita ketuk hati kecil kita dan bertanya..." Selama aku hidup ini, apa yang aku kejar  serta apa yang aku kendong yang tercicir"...

Sebenarnya tidak salah untuk sentiasa bertanya kepada diri kita kerana setiap kesilapan yang kita lakukan hanya kita sahaja yang tahu dimana silapnya....Tidak perlulah kita menjadi mereka yang menipu diri mereka sendiri hanya semata-mata untuk menjaga " Water Face" mereka di kalangan masyarakat...

Wassalam...

0 comments:

2leep.com