Berbaloikah mengucapkan " I Love You" sehingga mengabaikan kemungkaran kepadaNYA





Pada hari ini, jika seseorang tidak berpacaran, nescaya golongan itu akan dilabelkan sebagai golongan yang keciciran. Aku dulunya sama dengan golongan tersebut. Aku dulu menggangap berpacaran dan mengucapkan perkataan keramat iaitu " I Love You " adalah antara kewajipan dalam kehidupan aku. Titik tolaknya aku malu jika rakan-rakan aku tahu bahawa aku masih lagi tidak mempunyai kekasih. Namun begitu aku masih bingung memikirkan perkara ini, aku kadang-kadang didatangi oleh perasaan keliru. Jauh dibenak hatiku, aku sering memikirkan berbaloikah aku mengucapkan perkataan " I Love You" sehingga aku melakukan perkara-perkara yang dimurkainya. Aku sering membayangkan bagaimana masyrakat dahulu mudah sahaja untuk berkahwin dan yang peliknya mereka hanya dijodohkan oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Ada sesetengahnya tidak pernah berjumpa, namun perkahwinan mereka masih lagi kekal sehingga hari ini.

Aku sering melihat perhubungan pasangan kekasih pada hari ini terutamanya golongan muda mudi yang darahnya masih panas telah tergelincir daripada landasan asal mereka. Tidak dapat dinafikan, dengan berkasih-kasihan antara satu sama lain, mereka dapat mengenal hati budi masing-masing. Tetapi bila difikirkan kembali, adakah kebaikannya melebihi keburukan. Aku melihatkan dengan berpacaran, keburukan yang akan melewati kebaikan tdalam perhubungan tersebut. Jika dilihat dewasa ini, ramai golongan muda-mudi yang telah terlanjur dan natijahnya adalah anak-anak luar nikah yang tidak berdosa akan menjadi mangsanya.

Sesungguhnya aku sedar dengan berpancaran, kita akan mendekatkan diri kepada fantasi, fitnah dan yang paling penting kepada penzinaan. Kadang-kadang aku binggung memikirkan golongan yang telah terlanjur, adakah mereka tidak mempunyai pertimbangan yang sewajarnya. Bagi golongan ini, sesungguhnya mereka perlu sedar bahawa manusia adalah ciptaan paling baik diatas muka bumiNYA ini yang mana telah dianugerahkan dengan kelebihan otak yang dapat berfikir dan membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Tetapi adakah keterlaluan jika golongan seperti ini dilabelkan sebagai golongan yang tarafnya lebih rendah daripada makhluk lain. Adakah ucapan " Ayang Tak Sayang Abang Ke" terlalu berkuasa dan bisanya tidak boleh dielakkan. Terus-terang aku mengatakan bermulanya kemungkaran zina ini bermula apabila 2 orang iaitu Lelaki dan Perempuan yang tidak muhrim berpacaran. Mungkin orang akan mengatakan aku sebagai seorang yang tidak sejajar dengan perkembangan dunia, tetapi adakah golongan ini sejajar dengan ajaran Al-Quran?

Dengan berpacaran, pasti lelaki dan perempuan yang tidak muhrim ini akan melakukan segala pekerjaan berdua. Mereka sebenarnya tidak sedar banyak mata-mata yang memerhatikan perlakuan mereka. Azali manusia, hidup mereka tidak akan senang jika segala kemungkaran pada mata mereka tidak dapat disebarkan atau dironai kepada orang sekeliling. Cuba kita berfikir sejenak, siapakah yang akan malu di atas keghairaan nafsu kita..? Ibubapa adalah mangsanya. Walaupun berbatu-batu penjelasan yang kita huraikan kepada mereka, adakah mereka akan percaya dan adakah persepsi mereka akan lenyap bersama-sama dengan penjelasan kita. Aku yakin mereka yang hangat berpacaran sekarang pasti tidak akan sedar kerana mereka berada dalam dunia fantasi yang bagi mereka terlalu indah. Segala perbuataan yang mungkar akan menjadi halal bagi mereka. Mereka memilih kebahagian duniawi lebih penting daripda kebahagian akhirat. Juaranya adalah Syaitan dan yang kalahnya adalah umat Nabi Adam a.s.

Aku kadang-kadang jelik melihatkan pasangan2 yang secara tidak segan silu melakukan aksi 18SX merka di kawasan terbuka. Hukum manusia, tengok jer lah aper yang dipertontonkan kepada mereka dan bukanya melarang perbuataan tersebut. Istilah bertudung labuh adalah seorang muslimah yang solehah tidak dapat dipakai lagi pada hari ini keran segelintir golongan ini yang banyak melakukan aksi2 yang betul2 menjijikan. Adakah mereka tidak malu ataupun mereka mahu menjaga hati kekasih mereka. Terus terang aku mengatakan golongan perempuan adalah penyumbang utama kepada berlakunya penzinaan. Golongan ini seolah-olah memberikan isyarat kepada golongan lelaki bahawa mereka bersiap sedia utuk berzina. Buktinya mereka memakai pakaian yang betul-betul menjolok mata dan tipulah jika lelaki tidak tertarik untuk melihat.

Pada pandangan ku sebaik-baiknya perkataan " I Love You" itu ditukarkan kepada perkataan
" Aku mencintaiMU" dan nescaya hidup kita akan dirahmati olehNYA. Dan ingatlah sesungguhnya pintu taubat adalah lebih lebar daripada pintu kemungkaranNYA...


0 comments:

2leep.com